Saturday, 12 December 2015

Me Batch 27 Alhamdulillah


Alhamdulillah saya dapat menjadi salah seorang daripada usahawan yang minat berbusine ss secara online.
saya telah mendaftar sebagai seorang pelajar di IKSB berkat doa saya dan arwah orang tua saya yang ingin melihat anaknya yang bongsu ni untuk berjaya. Saya hanya tanamkan tekad untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada satu hari nanti insya'Allah. Saya sudah nampak perjalanan saya yang panjang ini untuk mengorak langkah yang jauh..kerana the sky is the limit..but i can reach the sky.
Ini adalah semangat serta azam saya semenjak daripada kecil lagi..mungkin kerana didikan saya amat berbeza jika di bandingkan dengan adik beradik yang lain..saya merasa bersyukur menpunyai seorang bapa dan ibu yang baik memberi layanan kepafa saya..didikan agama memang amat penting sekali. Emak saya masa dahulu adalah seorang ahli perniagaan yang tabah serta gigih..bila saya balik daripada sekolah saya s3laly menemani emak saya untuk berniaga..ya la emak saya menjual berbagai2 jenis kain baju..alat perabut rumah..emas..semua itu saya ikut emak bila dia ajak..kutip hutang pun saya ikut..berjalan di bandar Muo “Muar” , saya sedikitpun tak merasa penat. tetapi mak saya bijak..selalu belanja cendol apabila nak balik ke rumah..semua iru kenangan yang amat berharga pada diri saya..beliau telah membuka minda saya untuk menveburi dalam bidang berbusiness...
Apabila saya meningkat remaja..saya telah keluar daripada rumah untuk menimba ilmu di kota..setelah itu saya bekerja di beberapa buah syarikat yang gah masa itu...seperti Sapura Holdings..Arkitek Firm...HP computer..It comp..Ranhill..Apabila saya mendirikan rumahtangga masa amat terhad untuk saya menceburi bidang business..saya sudah lupa tentang business langsung hinggalah satu hari saya telah berjumpa dengan seseorang berkenaan business. Sebelum itu saya ada juga mengikuti MLM ..cari kawan2 serta melabur duit dalam share market.
Apabila ini semua saya lalui dengan berbagai2 rintangan ada yang labur duit lebur..ada yang dapat untung tapi bila di kira tolak hahahah abuk pun tarak.. begitu la perjalanan kehidupan saya apabila para rakan2 semua menjanjikan sesuatu yang indah untuk di capai.
Pelaburan yang banyak telah saya temui jalan buntu tetapi masih boleh bernafas lagi. tanpa putus asa akhirnya saya telah membuka minda saya untuk mengikuti kelas Irfan Khairi ..Jutawan muda di Malaysia.
Saya telah berjinak2 untuk mempromosikan Batik Sarawak..Perfume..tudung /hijab ..hanya bermodalkan tak sampai berpuluh ribu..tetapi hati saya senang tak ada tekanan tak payah nak cari orang bawah kita ..itu bergantung kepada rajinnya kita mengupdate di online. Tiada kedai tiada paksaan..senang dalam berbusiness serta tak tamak ..anda Tamak ke??? Rezeki Allah yang beri tawakal kepadanya kerana bila2 masa sahaja Allah akan menarik apa yang kita nikmati di dunia ini.
Alhamdulillah berbagai ranjau dan onak duri yang saya lalui akhirnya saya telah menemuinya di dalam diri saya.
Akhir kata mudah2 an saya akan menjadi seorang wanita berbusiness serta kejar dunia dan akhirat..amin











No comments:

Post a Comment